SEKAPUR SIRIH
Dengan lafaz Bismillah, Al-Rahman dan Al-Rahim, saya coretkan sejarah kehidupan saya. Usia saya sudah mencecah usia 43 tahun ... di atas adalah gambar saya, isteri dan puteri sulung saya dan anak kedua yang kini dah berusia 10 dan 4 tahun ... saya adalah lulusan "B. Eng (Hons) Electrical, Electronic and System" dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi, Selangor ... dan isteri saya adalah lulusan dari Universiti Malaya (UM), Kuala Lumpur dalam "B. (Hons) in Physics" ......
Sejak kecil lagi ..... saya telah meminati bidang kejuruteraan atau pembinaan ... saya mengkaji perstrukturan syarikat dan tender - tender sesuatu projek .... minat ini telah membawa saya berkecimpung dalam bidang kontraktor ICT selama hampir 3 tahun sebagai Jurutera Jaringan dan Sistem di Paka, Kerteh dan yang terakhir di LDPE, Petronas, Kerteh sebagai Jurutera Perkakasan, dan kemudian telah beralih arah sebagai Jurutera Elektrik dan Elektronik selama dua tahun di Syarikat Norsham Industries Sdn. Bhd., projek terakhir dengan KUSTEM, Terengganu yang berjaya ditamatkan pada 1 Januari, 2004 dan pada 4 Januari, 2004, saya dengan rasminya telah meletak jawatan sebagai Jurutera Elektrik sebelum mendaftar diri di Maktab Perguruan Batu Rakit, Kuala Terenggau pada 16 Januari, 2004. Walaupun rakan - rakan sekerja membangkang keputusan saya, namun saya tetap mengambil keputusan dan walaupun agak sukar rasanya untuk menukar bidang tetapi saya tetap gagahi untuk terus menyambung pelajaran dalam bidang pendidikan pula, selama satu tahun di Maktab Perguruan Batu Rakit, Kuala Terengganu dan seterusnya ditempatkan di Pahang sebagai Guru Matematik dan ICT sehingga sekarang dan sudah masuk tahun ke empat belas saya berkhidmat di Pahang .... walaupun kerjaya saya berlainan dengan Ijazah yang saya miliki iaitu Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik, Elektronik, dan Sistem .... namun saya tetap berbangga menjadi seorang Jurutera Sosial /Pendidik dan tetap akan mendidik anak - anak Malaysia supaya menjadi seorang yang berguna kelak .....
SEJARAH HIDUPKU ....
Saya mendapat pendidikan awal di SK Gelugor Kedai, Kuala Terengganu (1982 - 1987) .... kemudian menyambung pelajaran di SMK Agama Durian Guling, Marang, Terengganu (1988 - 1990) ... setelah mendapat keputusan yang baik dalam SRP, 1990 .... saya telah mendapat tawaran ke Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin, (KUSZA), Gong Badak, Kuala Terengganu, untuk melanjutkan pelajaran di bidang Sains Tulen di SMK Agama (Atas) Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu (1991 - 1992) ... Setelah mendapat keputusan yang baik dalam SPM, 1992 ..... saya telah melanjutkan pelajaran ke Pusat Matrikulasi UKM, iaitu SM (Berasrama Penuh) Sains Sultan Mahmud, Kuala Terengganu (sesi 1993/94) .... kemudian ke pusat Matrikulasi Kuala Pilah, N. Sembilan (Sesi 1994/95) .... setelah mendapat keputusan yang baik dalam Matrikulasi ... saya terus melanjutkan pelajaran ke Fakulti Kejuruteraan Elektrik, Elektronik dan Sistem di UKM, Bangi, Selangor (Sesi 1995/98) ..... dan Alhamdulillah saya lulus dengan cemerlangnya dan mendapat Ijazah 'Second Class Upper' dalam bidang Elektrik Kuasa ..... Kemudian saya telah menyambung pula pelajaran ke Martab Perguruan Batu Rakit, Kuala Terengganu, Terengganu dalam jurusan Matematik pada tahun 2004 dan Alhamdulillah berjaya dengan mendapat "Anugerah Cemerlang" - "First Class" dan terpilih sebagai pelajar terbaik Matematik tahun 2004 ....
Saya mendapat pendidikan awal di SK Gelugor Kedai, Kuala Terengganu (1982 - 1987) .... kemudian menyambung pelajaran di SMK Agama Durian Guling, Marang, Terengganu (1988 - 1990) ... setelah mendapat keputusan yang baik dalam SRP, 1990 .... saya telah mendapat tawaran ke Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin, (KUSZA), Gong Badak, Kuala Terengganu, untuk melanjutkan pelajaran di bidang Sains Tulen di SMK Agama (Atas) Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu (1991 - 1992) ... Setelah mendapat keputusan yang baik dalam SPM, 1992 ..... saya telah melanjutkan pelajaran ke Pusat Matrikulasi UKM, iaitu SM (Berasrama Penuh) Sains Sultan Mahmud, Kuala Terengganu (sesi 1993/94) .... kemudian ke pusat Matrikulasi Kuala Pilah, N. Sembilan (Sesi 1994/95) .... setelah mendapat keputusan yang baik dalam Matrikulasi ... saya terus melanjutkan pelajaran ke Fakulti Kejuruteraan Elektrik, Elektronik dan Sistem di UKM, Bangi, Selangor (Sesi 1995/98) ..... dan Alhamdulillah saya lulus dengan cemerlangnya dan mendapat Ijazah 'Second Class Upper' dalam bidang Elektrik Kuasa ..... Kemudian saya telah menyambung pula pelajaran ke Martab Perguruan Batu Rakit, Kuala Terengganu, Terengganu dalam jurusan Matematik pada tahun 2004 dan Alhamdulillah berjaya dengan mendapat "Anugerah Cemerlang" - "First Class" dan terpilih sebagai pelajar terbaik Matematik tahun 2004 ....
Pelbagai pengalaman ditimbakan .... terlalu banyak dugaan dan ujian yang datang dari Allah tetapi tetap redha dengan ujian tersebut ... berdoa serta mengharapkan pertolongan Allah ...
ADAMU - NAJWA LATIF
Merenung ke luar jendela
Melihat kebesarannya
Mensyukuri segala nikmat
Yang dikurniakan di dunia
Kau berikan ku kekuatan
Tuk berpegang pada jalan
Walau penuh dengan cabaran
Ku tahu ku adaMu Tuhan
Kerna kau yang satu
Yang setia bersama ku
Dikala ku jatuh ku bangkit kernaMu
Ku tahu ku adaMu disisi ku selalu
Bantulah hambaMu mencari keredhaanMu
Ku tahu ku adaMu
Ku adaMu selalu
Kerna kau yang satu
Yang setia bersama ku
Dikala ku jatuh ku bangkit kernaMu
Ku tahu ku adaMu disisi ku selalu
Bantulah hambaMu mencari keredhaanMu
Ku tahu ku adaMu
Ku adaMu selalu
ku merenung ke luar jendela
Melihat kebesarannya
Walau penuh dengan cabaran
Ku tahu ku adaMu Tuhan
FILEM SUMBER INSPIRASIKU
Pernah nonton film A Beautiful Mind yang dibintangi Russel Crow ? Film yang memenangkan kategori Best Picture di Academy Award tahun 2002 silam ini mengisahkan seorang ahli falsafah Matematik bernama John Nash yang mengidap Schizophrenia. Apa itu Schizophrenia? Schizoprenia merupakan gangguan mental atau kelainan pada fungsi otak yang ditunjukkan dengan proses berpikir yang tak teratur dan emosional yang tidak baik dari penderitanya. Tetapi penyakit ini telah menghasikan baginya satu Teori Matematik yanng baru dan diguna pakai sehingga hari ini. Tontonilah cerita ini untuk megetahui dengan lebih lanjut .....

KUARTERS GURU BTR
Inilah rumahku di Kuarters Guru SMK Bandar Tun Abdul Razak, Pahang Darul Makmur ...Alhamdulillah, syukur dengan pemberian yang diberikan ... tulah kadang - kadang kalau fikir untuk bertukar ke Terengganu .... sayang jugak rasanya... dah selesa di sini ....


IDEA KU DAN PENGAJIAN KU
Saya sering melayari halaman - halaman pembangunan Tamadun Islam terdahulu dan melihat bagaimana pembangunan tersebut dijalankan ... diaplikasikan ke zaman ini ... menurut dari pengkajian yang di buat ... pembangunan yang seimbang ialah pembangunan berdasarkan kepada pembangunan mengikut Insan ......
Dari Abu Hurairah, bahawasanya dia berkata, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, yang berbunyi, maksudnya :
" Barangsiapa yang jatuh sakit selama satu malam, sedangkan dia redha akan Allah 'Azza Wa Jalla, dan bersabar atas apa yang turun kepadanya, maka dia akan keluar dari semua dosa - dosanya seperti ketika ia dilahirkan oleh ibunya."
Teringat kepada Firman Allah :
" Tunjukkanlah Aku jalan yang lurus seperti jalan orang - orang terdahulu" -
SIAPA KEKASIH ALLAH
Petikan Kitab Fathu Robbani, Syeikh Abdul Qadir Jailani
Saya sering melayari halaman - halaman pembangunan Tamadun Islam terdahulu dan melihat bagaimana pembangunan tersebut dijalankan ... diaplikasikan ke zaman ini ... menurut dari pengkajian yang di buat ... pembangunan yang seimbang ialah pembangunan berdasarkan kepada pembangunan mengikut Insan ......
Dari Abu Hurairah, bahawasanya dia berkata, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, yang berbunyi, maksudnya :
" Barangsiapa yang jatuh sakit selama satu malam, sedangkan dia redha akan Allah 'Azza Wa Jalla, dan bersabar atas apa yang turun kepadanya, maka dia akan keluar dari semua dosa - dosanya seperti ketika ia dilahirkan oleh ibunya."
Teringat kepada Firman Allah :
" Tunjukkanlah Aku jalan yang lurus seperti jalan orang - orang terdahulu" -
SIAPA KEKASIH ALLAHPetikan Kitab Fathu Robbani, Syeikh Abdul Qadir Jailani
Kekasih Allah atau Wali ialah insan yang dekat dengan Allah, tidak mendengar selain Allah. Mereka terbebaskan kerana kedekatanNya, mereka tertutup kerana kehebatanNya, mereka memperolehi kenikmatan dan kecintaan di sisi kekasihNya. Mereka berada diantara Keagungan dan Keindahan. Mereka tidak menoleh ke kanan dan ke kiri, ke belakang dan ke bawah serta ke atas cuma hanya memandang ke depan sahaja dan hanya mempunyai muka. Mereka dilayani oleh manusia, jin, malaikat dan semua makhluk. Mereka dilayan oleh hikmah dan ilmu. Mereka diberi kekuatan dan anugerah, mereka juga diberikan juga ketenteraman. Mereka makan dari anugerahNya dan minum daripada air ketenteramanNya. Mereka mempunyai kesibukan untuk mendengarkan perkataan makhluk. Mereka berada di suatu lembah, sementara makhluk berada di lembah yang lain, mereka memerintah makhluk dengan perintah Allah dan melarang mereka dengan laranganNya, sebagai generasi penerus dari Rasulullah s.a.w. ke pintu Allah yang Hak.
PERJALANAN MENUJU ALLAH
Petikan Kitab Fathu Robbani, Syeikh Abdul Qadir Jailani
Petikan Kitab Fathu Robbani, Syeikh Abdul Qadir Jailani
Sebenarnya, perjalanan menuju Allah memerlukan pengorbanan ... tanpa pengorbanan ... kita tidak akan dapat bertemu Allah ... bak kata pepatah ... "belum kenyang dah berhenti makan" ... maka kita tidak akan akan merasa nikmat kenyang tersebut ... perjalanan menuju Allah memerlukan satu jalan ... dan jalan ini dikenali sebagai zikir ... apa sahaja zikir mesti menuju ke jalan Allah tetapi berlainan kaedah atau cara ... kenapa zikir ... jawapannya adalah zikir merupakan jalan yang menghubung di antara makhluk dengan pencipta ... tanpa zikir maka kucau kacirlah kita ibarat orang mati ... zikir ialah jalan membersihkan jiwa untuk menuju ke jalan Allah ... atau dalam kata lain muhasabah diri ... tak kenal maka tak cinta ... mengikut buku karangan Syeikh Abdul Kadir Jailani menyatakan bahawa manusia tanpa diri adalah manusia yang mati ... manusia yang mempunyai diri adalah manusia yang hidup ...
Sebagaimana Firman Allah ... "Awal agama adalah mengenal Allah" dan " Agama disisi Allah adalah agama Islam" .
PENCARIAN KU
HIDUP AKU BUKAN HIDUP KU
ILMU AKU BUKAN ILMU KU
MENDENGAR AKU BUKAN PENDENGARAN KU
MELIHAT AKU BUKAN PENGLIHATAN KU
KUASA AKU BUKAN KUASA KU
KEHENDAK AKU BUKAN KEHENDAK KU
BERKATA AKU BUKA KATA - KATA KU
KECUALI SEMUANYA HAK ALLAH SEMATA - MATA
CARILAH PAKU DI DALAM PAKU
PAKU DATANG DARI SEBERANG
CARILAH AKU DI DALAM AKU
AKU MENYUSUP DI TEMPAT YANG TERANG
BUKAN NAN KACA BUKAN NAN INTAN
CAHAYA NYA MARI TERANG BENDERANG
TAK DAPAT DI PANDANG TAK DAPAT DIPEGANG
IBARAT BULAN BARU MENGAMBANG
Petikan dari Syarahan Syeikh Abdul Qadir Jailani :
"MATIKAN DIRI KAMU"
Disini bukanlah bererti kita bunuh diri kita dengan mngantung diri atau menyembelih leher atau menembak kepala kita ..... "Matikan diri" atau "bunuhkan diri" disini adalah menurut pandangan orang - orang sufi. Yang dimaksudkan ialah membunuh, matikan atau membuang nafsu amarah atau hawa nafsu kebinatangan, kesyaitanan dan keiblisan yang ada pada diri kita. Buangkan nafsu ini kerana ia menghijabkan hati dengan Allah. "Diri" di sini maksudnya ego atau nafsu yang diperkudakan oleh syaitan .....
"Diri" inilah mesti "dibunuh" agar sebagai gantinya timbullah Allah. Berdiri Allah dalam hati dan perasaan seorang itu. Setelah " diri" itu mati, maka teguhlah berdirinya Allah dalam hati sanubarinya, dan barulah ia menyedari dan merasai kehampiran Allah Yang Maha Mulia dan Agong. Tiada lain yang dinampakkannya kecuali Allah sahaja. Terdirilah Allah padanya dan dinafikannya yang lain. Inilah apa yang dikatakan " menafikan yang lain dan mengisbatkan Allah" bersesuaian dengan Tauhid " Lailahaillah"......
Akhir perjalanan ialah " bersatu dengan Allah" sehingga timbullah bahawa yang pasti ada itu adalah Allah jua. Mengertilah ia tauhid yang haqiqi. Orang yang sampai ke taraf ini sahaja yang merasai maksud " bersatu dengan Allah". Bukan hanya khayalan atau fikiran sahaja tetapi sudah dirasai dan dibenarkan oleh mata hati. Orang yang sampai ke hujung perjalanannya akan merasai fana dirinya dan seterusnya baqa' (kekal) dengan Allah yang meliputi segala-galanya. Sedarlah bahawa dirinya kosong dan yang sebenarnya diri adalah Allah jua. Sebab itu ada mereka yang berkata : " Barang siapa yang kenal dirinya, kenallah Tuhannya".
RIWAYAT SYEIKH ABDUL QADIR JAILANI
Satu hari iblis datang menemui Syeikh Abdul Qadir Jailani yang menyatakan dirinya adalah malaikat Jibril dan berkata ia ada membawa borok (kenderaan yang ditunggang oleh Nabi tatkala mikraj) untuk membawa beliau ke hadrat Allah. Mendengarkan itu, Syeikh Abdul Qadir Jailani tahu bahawa yang ada dihadapan beliau adalah iblis atau syaitan kerana Jibril dan borok hanya datang ke dunia hanya kepada Nabi Besar Muhammad s.a.w. sahaja. Iblis itu gagal menggoda beliau, lalu menjawab yang lain pula, kata iblis : ' Baiklah Abdul Qadir, kamu telah menyelamatkan dirimu dengan adanya ilmumu itu'. "Nyahlah kamu dari sini", kata Syeikh Abdul Qadir kepada iblis itu". Jangan menggodaku lagi; bukanlah ilmuku yang menyelamatkan aku tetapi sebenarnya aku terselamat dari perangkapmu dengan rahmat dan pertolongan Allah dengan ilmuKu".
TOKOH ULAMA MELAYU
Syarif Muhammad al-Baghdadi dan warisnya Tok Pulau Manis, ulama besar abad ke-14 dan 17 Masehi
Satu-satunya peninggalan terbesar Syarif Muhammad al-Baghdadi ialah sebuah batu bersurat yang dikenali dengan nama Batu Bersurat Terengganu. Tulisan yang tercatat pada permukaan hadapan batu bersurat tersebut adalah seperti berikut;
``Rasulullah dengan yang orang sahabi mereka sekalian, asa pada Dewata Mulia Raya; memberi hamba meneguhkan agama Islam dengan benar bicara derma, meraksa bagi sekalian hamba Dewata Mulia Raya di benuaku ini. Pebantu agama Rasulullah Sallallahu `Alaihi Wa Sallam - Raja Mandalika yang benar bicara sebelah Dewata Mulia Raya di dalam behumi. Pebantu itu fardu pada sekalian Raja Mandalika Islam menurut setitah Dewata Mulia Raya dengan benar bicara, berbajikan betul pebantu itu maka titah Seri Paduka Tuan mendudukkan tamra ini di benua Terengganu adi pertama ada Jumaat di bulan Rejab di tahun Saratan (Syarathan) di sasanakala baginda Rasulullah telah lalu tujuh ratus dua.''
Catatan yang terdapat pada batu itu tidak sekadar mengandungi pernyataan hukum-hakam seperti yang disebut dalam Al-Quran misalnya hukuman kesalahan zina iaitu direjam bagi yang telah berkahwin dan dipalu seratus kali sebatan bagi yang masih bujang tetapi turut meliputi bidang falak (astronomi). Unsur falak ditemui didalam catatan tersebut berdasarkan kepada frasa ``adi pertama ada Jumaat di bulan Rejab di tahun Saratan (Syarathan) di sasanakala baginda Rasulullah telah lalu tujuh ratus dua''. Ramai pengkaji cuba menyelidik maksud frasa ini tetapi gagal sehinggalah seorang pemikir besar Islam dirantau ini berjaya memecahkan kebuntuan tersebut. Beliau ialah Professor Dr. Syed Muhammad Naquib al-Attas. Dalam kajiannya, beliau menyatakan bahawa maksud frasa diatas ialah Jumaat pertama dalam bulan Rejab tahun 702 Hijrah serentak dengan timbulnya buruj Saratan, tatkala perintah agama (sasanakala) yang mengisytiharkan pemahatan hukum Islam di atas Batu Bersurat itu oleh pemerintah Terengganu pada waktu itu. Satu kajian menarik tentang perkara tersebut seperti yang dicatat oleh Nor Azam Mat Noor ialah kaitan frasa tersebut dengan peristiwa falak.
Seperti yang dinyata oleh Nor Azam Mat Nor,
Persoalan yang timbul ialah alasan apakah yang digunakan oleh pemahat, yang memahat tulisan pada Batu Bersurat untuk mensabitkan Buruj Sarathan[4] ketika diarahkan oleh pemerintah (raja mandalika) di tempat berkenaan, padahal terdapat banyak lagi buruj-buruj lain yang terkenal turut muncul pada waktu itu, iaitu Buruj Leo (Asad), Gemini (Virgo), Taurus (Saur), Aries (Hamal) dan Pisces (Hut)? Bulan pada ketika ini belum lagi terserlah kerana masih berupa sabit muda di ufuk barat dengan fasa kecerahan 20 peratus dan berada di Buruj Aries. Ini bermakna bahawa Bulan bukanlah alasan utama untuk dikaitkan dengan Buruj Sarathan. Mungkin Buruj Sarathan yang dikaitkan dalam Batu Bersurat itu, adalah disebabkan oleh planet Musytari sedang berada di buruj ini sebagai objek yang terpaling cerah ketika itu, dan menjadi ikon langit malam sebermula matahari terbenam. Namun pada jam 10.11 malam, planet Marikh dan Zuhal yang berada di Buruj Virgo (Sunbulah), turut bersama-sama Musytari yang ketika ini tepat berkulminasi, turut menjadi ikon-ikon langit malam dengan ketiga-tiganya mempunyai kecerahan 99 dan 100 peratus masing-masing. Menurut simulasi perisian Starry Night Pro, adalah didapati bahawa Bulan dan planet Musytari adalah benar-benar berada di Buruj Sarathan pada hari Khamis, 28 Februari 1303 MJ bermula terbenam matahari. Fenomena serentak Bulan dan planet Musytari dalam Buruj Sarathan ini berlangsung selama dua hari, iaitu pada hari Khamis, 28 Februari (10 Rejab) dan hari Jumaat, 1 Mac 1303 MJ (11 Rejab 702 H) bilamana Bulan telah bergerak ke sempadan buruj tersebut. Ini bermakna bahawa peristiwa ini berlaku pada hari Jumaat minggu kedua dan bukannya pada Jumaat pertama bulan Rejab 702 H.[5]
Hasil kajian tersebut sangat menakjubkan kerana ia jelas menunjukkan betapa Syarif Muhammad al-Baghdadi bukan sahaja alim dalam hukum-hakam Islam tetapi juga ilmu falak. Batu Bersurat yang sangat berharga ini telah ditemui oleh Saiyed Husin Ghulam Al-Bukhari, seorang ahli perniagaan pada tahun 1902 di bahagian tangga surau Kampung Buluh.[6] Ketika ditemui, batu itu telah patah sebahagian disebelah atasnya.Saiyed Husin meminta Penghulu Ali dan orang kampung mengangkat dan meletakkannya di atas rakit untuk dibawa ke Kuala Terengganu. Sampai di Kuala Terengganu, batu ini telah dipersembahkan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Zainal Abdidin III dan kemudian batu itu diletakkan di atas Bukit Puteri. Pada tahun 1922 Timbalan Penasihat Inggeris di Terengganu Encik H.S Peterson meminta seorang jurufoto berbangsa Jepun, N.Suzuki mengambil gambar dan dihantar kepada C.O. Blegden untuk dibuat pembacaan. Pada tahun 1923, batu ini telah dihantar ke Muzium Singapura dengan jalan pinjaman. Apabila Muzium Negara di Kuala Lumpur siap dibina, Batu Bersurat tersebut telah dibawa ke Kuala Lumpur sebagai pinjaman dari Muzium Raffles Singapura.[7]
Pada 12 Februari 1987, Kerajaan Negeri Terengganu telah menulis surat kepada Jabatan Muzium menyatakan hasrat untuk mendapat kembali Batu Bersurat untuk dijadikan bahan pameran di Muzium Negeri Terengganu. Pada tahun 1991, Jemaah Menteri telah memutuskan supaya Batu Bersurat dipulangkan kepada Kerajaan Negeri Terengganu.[8]
Pada 6 Julai 1991, jam 9.30 pagi suatu upacara penyerahan kembali Batu Bersurat kepada Kerajaan Negeri Terengganu telah berlangsung di Dewan Perjanjian, Tingkat 18, Wisma Darul Iman di antara Kerajaan Persekutuan yang diwakili oleh Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan Encik Ismail bin Adam dengan Kerajaan Negeri Terengganu kepada YAB. Dato' Seri Amar Di Raja Tan Sri Haji Wan Mokhtar bin Ahmad, Menteri Besar Terengganu pada waktu itu.[9]
Seperti yang dinyatakan sebelum ini, zuriatnya yang paling masyhur ialah Tok Pulau Manis. Menurut almarhum al-Ustaz Haji Wan Mohd Saghir, tokoh ini mendapat pendidikan awal di kampungnya sendiri dan dari beberapa ulama di Terengganu.[10] Beliau kemudiannya meneruskan pelajarannya ke Aceh dan salah seorang gurunya di Aceh ialah Syeikh Abdur Rauf bin Ali al-Fansuri. Sewaktu belajar di Aceh, Tok Pulau Manis bersahabat dengan beberapa ulama besar antaranya seperti Syeikh Yusuf Tajul Khalwati al-Mankatsi dari Bugis-Makasar, Syeikh Abdul Muhyi Pamijahan dan Syeikh Burhanuddin Ulakkan dari Sumatera Barat yang juga merupakan anak murid Syeikh Abdur Rauf bin Ali al-Fansuri. Dari guru utama di Aceh ini, mereka telah menerima talqin baiah Tarekat Syathariyah. Mereka kemudiannya melanjutkan pelajaran ke Makkah dan Madinah. Sewaktu berada di Makkah, Tok Pulau Manis bersahabat pula dengan Syeikh Abdus Syukur bin Abdul Karim Batani al-Fathani dan belajar kepada Syeikh Ibrahim al-Kurani. Tambah almarhum al-Ustaz Haji Wan Mohd Saghir, Syeikh Ibrahim al-Kurani ini juga adalah guru kepada Syeikh Abdur Rauf bin Ali al-Fansuri.[11] Dengan Syeikh Ibrahim al-Kurani[12], beliau mendalami Feqah Mazhab al-Shafi’i di sana. Tok Pulau Manis turut mendalami bidang usuluddin dan tasawwuf. Bidang Usuluddin yang diikutinya adalah berdasarkan pendekatan Imam al-Asya’ari yang menjadi pegangan umum ahl-al Sunnah wal Jamaah manakala bidang Tasawuf yang didalaminya adalah berdasarkan etika ubudiyah kepada pengajian Tasawuf. Dalam ilmu tasawwuf ini, diriwayatkan bahawa tokoh-tokoh ilmuwan Islam yang menjadi rujukan Tok Pulau Manis berjumlah tidak kurang dari 143 orang, diantara yang terpenting di kalangan mereka itu ialah Ibn ‘Athaillah dan Abu al-Hasan al-Syazili sendiri, Abu al-Abbas al-Mursi, Ibn Arabi, Abu Hafs Umar bin Muhammad bin Abd Allah al-Suhrawardi, Abu Turab al-Khashabi, Abu Yazid al-Bistami, Abu Talib al-Makki, Abu Hamid al-Gahzali, Abu al-Qasim al-Nasr Abadhi, Abu Bakar al-Shibli, Abu Nasr al-Sarrj, Ahmad al-Rifa’i, Ahmad Ibn Hanbal, iBn Abbad, Hassan Basari, Junayd al Baghdadi, Ahmad Zarruq, Shal bin Abdullah, Sirri al-Suqti, al-Sha’rani, Abd al-Salam bin Mashish dan Ma’ruf al-Karkhi. Selain itu, beliau juga banyak merujuk kitab Fusus al-Hikam oleh Ibnu Arabi, Qut al-Qulub oleh Abu Talib al-Makki, karya-karya al-Ghazali seperti Ihya Ulumuddin dan Minhaj al-Abidin, al-Luma oleh Abu Nasar al-Sarraaj al-Tusi, alRi’ayat Li Huquq Allah dan Amal al-Qulub wa al-Jawarib oleh al-Harith al Mushasibi, Sharh terhadap Hikam berjudul Hikam Ibn ‘Athaillah atau Qurrat al-Ayn oleh Ahmad Zarruq dan Halat Ahl al Haqiqat Ma’a Allah oleh Ahmad al-Rifa’i. Tok Pulau Manis juga dikatakan pernah menjadi tenaga pengajar di Makkah. Pelajar-pelajar yang menjadi tumpuan beliau adalah mereka yang datang dari Tanah Jawi. Kitab karangan Tok Pulau Manis yang paling masyhur bahkan masih berlegar dipasaran kitab sehingga ke hari ini ialah Kitab Hikam Jawi. Selain dari minatnya terhadap isi kandungan kitab ini, permintaan dari sahabat-sahabatnya juga telah mendorong Tok Pulau Manis menterjemahkan matan Hikam karya Ibn ‘Athaillah, tokoh tasawwuf yang sangat terkenal dalam dunia Islam. Kitab keduanya yang terbesar ialah Kifayah yang merangkumi bidang Usuluddin dan Feqah tetapi kitab ini amat sukar didapati di pasaran. Tok Pulau Manis dipercayai kembali ke tanahair sekitar tahun 1690-an pada ketika usianya 40 tahun. Kepulangannya ditunggu-tunggu oleh masyarakat tempatan dan dengan ilmunya yang meluas, beliau sangat dihormati malah terlibat dengan urusan pemerintahan secara langsung. Seperti yang disebut tadi, beliau dikatakan bertanggungjawab menabalkan Zainal Abidin I menjadi sultan pemerintah Negeri Terengganu (1725-1734) yang berlangsung di Tanjung Baru. Sultan Zainal Abidin I juga juga telah berkahwin dengan anak perempuan Tok Pulau Manis. Tok Pulau Manis meninggal dunia dalam lingkungan usia 86 tahun pada tahun 1149H bersamaan 1736M.
Sekian
Email ... mzasb_smkpd@yahoo.com dan h/p : 019 - 986 1893

